BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 13, 2012

SIMPOSIUM PTT KANAN KPA (PENDIDIKAN)

PORT DICKSON: Baru-baru ini Jabatan Arah Pendidikan telah mengadakan Simposium PTT Kanan Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) bagi tahun 2012. Simposium ini telah dihadiri seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan dari seluruh malaysia. Selain itu, turut hadir Mej Wan Norkihan bin Hj Wan Abdullah, PS Naziran, Jabatan Arah Pendidikan selaku Pegawai Penasihat Simposium PTT Kanan. Simposium ini telah diadakan pada 27 hingga 30 Nov 2012 di Golden Strait Villas Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Simposium PTT kanan KPA (Pendidikan) telah dirasmikan oleh YBHG Dato' Anuar bin Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM di Dewan Villa Kayangan, GSV Resort. Dalam Ucaptama oleh YBhg Dato', menyarankan agar Simposium pada kali ini merupakan satu platform kepada semua PTT kanan memberi sumbangan idea dan komitmen agar isu-isu yang dibentangkan dapat dicapai dengan jayanya. Manakala, Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota.

Majlis Perasmian Pembukaan Oleh YBhg Dato' Anuar bin Sabtu,
Pengarah Pendidikan ATM
Majlis Perasmian Penutup Oleh YBhg Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim, 
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota
Akhir sekali, simposium pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya atas komitmen dan kerjasama para peserta Simposium. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Taklimat



Majlis Pembukaan



Pembentangan Kertas Kerja Oleh Jab Arah Pendidikan





Perbincangan Kumpulan





Sukan





















 Pembinaan Silibus Pendidikan Moral dan Etika



Pembentangan Sindiket





 Majlis Perasmian Penutup



Acara Bergambar







Sekian....