Salam Satu Malaysia dan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat buat semua warga KPA (Pendidikan) khususnya dan Tentera Darat amnya.
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah berkenaan dengan Penilaian Luaran bagi Pegawai dan anggota LLP yang telah menghadiri kursus kerjaya KPA (Pendidikan). Penilaian Luaran ini betujuan untuk menilai tahap keupayaan kurikulum kursus kerjaya Pegawai dan anggota LLP dalam memenuhi kehendak di Markas Formasi di Pasukan. Sel Latih bertanggungjawab memastikan Pegawai dan anggota LLP KPA(pendidikan) yang telah menghadiri kursus kerjaya mengisi dan menghantar ke sel ini. Penilaian Luaran tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu:
1. Borang Penilaian Luaran (Pegawai Penilai/Pemerintah).
2. Borang Penilaian Luaran (Bekas Penuntut).
Borang tersebut boleh didapati terus di Sel Latih, Jabatan Arah Pendidikan ataupun boleh memuat turun dalam ruangan Download Borang.
Sehubungan itu, diminta kepada semua Jurulatih Pendidikan yang telah menghadiri kursus kerjaya pada tahun 2011 agar menghantar borang tersebut seperti arahan yang telah dikeluarkan dalam KAWAT. anggota yang terlibat adalah seperti berikut:
1. Jurulatih Pendidikan Kelas 2 siri 1/2011.
2. Jurulatih Pendidikan Kelas 1 Siri 1/2011.
3. Penyelia Jurulatih Pendidikan Siri 1/2011.
Kerjasama daripada Jurulatih Pendidikan yang terlibat amat diharapkan demi mempertingkatkan Kerjaya Kor KPA(pendidikan) Khususnya.
Sekian.