BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 22, 2012

SEMINAR PEGAWAI PENDIDIKAN TAHUN 2012






SEL LATIH, Jabatan Arah Pendidikan sekali lagi diberi tanggungjawab mengkoordinasikan Seminar Pegawai Pendidikan Tahun 2012. Sejajar dengan perkembangan dan penstrukturan ATM, Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) mengorak langkah mengambil inisiatif untuk mencorak semula struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia pegawai dan anggota LLP Kor. Sehubungan itu, Seminar Pegawai Pendidikan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 hingga 27 Apr 2012 di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Seramai 72 orang Pegawai Pendidikan dari Markas-Markas Perkhidmatan, Markas Formasi dan Pusat-pusat Latihan telah menghadiri seminar tersebut. 

Seminar Pegawai Pendidikan kali ini membincangkan perkara-perkara seperti berikut:            
a.  Peranan Pegawai Pendidikan Semasa Aman dan Perang. 
b.  Penambahbaikan Pembelajaran Bahasa Inggeris. 
c.   Semakan Semula Silibus Kursus Kerjaya KPA (pendidikan).