BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 23, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


 Salam Lebaran....

Kami warga sel latih mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua warga KPA (Pendidikan)

Dengan segenap kerendahan hati..
Kusimpuhkan diri dan nurani..
Menanti lahirnya kembali..
Hari yang penuh Fitri..
Taqabbalallahu minna wa minkum..

Kaki kadang salah langkah, bibir kadang salah ucap,
hati kadang salah sangka, janji kadang terlupakan,
Di Idul Fitri ini mari kita hapus semua dosa.

Minal Aidin Wal Faidzin... 
Mohon Maaf Zahir dan Batin...

Dari Abu Bakrah r.a bahawa Nabi saw. bersabda: “Dua bulan yang terdapat hari raya, harinya tidak berkurang; hari raya Ramadhan dan bulan Zulhijah”. (Muslim)

Huraian
1.         Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat yang diadakan pada sebelah pagi di mana kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri atau Aidil Adha dengan melalui jalan yang berlainan.
2.         Berdasarkan sunnah Rasulullah SAW, perayaan Hari raya AidilFitri hanya disambut selama 1 hari sahaja, berbanding dengan perayaan hari raya AidilAdha yang disambut selama tiga hari.