BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 22, 2012

SEMINAR PEGAWAI PENDIDIKAN TAHUN 2012






SEL LATIH, Jabatan Arah Pendidikan sekali lagi diberi tanggungjawab mengkoordinasikan Seminar Pegawai Pendidikan Tahun 2012. Sejajar dengan perkembangan dan penstrukturan ATM, Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) mengorak langkah mengambil inisiatif untuk mencorak semula struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia pegawai dan anggota LLP Kor. Sehubungan itu, Seminar Pegawai Pendidikan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 24 hingga 27 Apr 2012 di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Seramai 72 orang Pegawai Pendidikan dari Markas-Markas Perkhidmatan, Markas Formasi dan Pusat-pusat Latihan telah menghadiri seminar tersebut. 

Seminar Pegawai Pendidikan kali ini membincangkan perkara-perkara seperti berikut:            
a.  Peranan Pegawai Pendidikan Semasa Aman dan Perang. 
b.  Penambahbaikan Pembelajaran Bahasa Inggeris. 
c.   Semakan Semula Silibus Kursus Kerjaya KPA (pendidikan). 





Thursday, March 15, 2012

PENILAIAN LUARAN KURSUS

Salam Satu Malaysia dan Selamat Menyambut Hari Tentera Darat buat semua warga KPA (Pendidikan) khususnya dan Tentera Darat amnya. 
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah berkenaan dengan Penilaian Luaran bagi Pegawai dan anggota LLP yang telah menghadiri kursus kerjaya KPA (Pendidikan). Penilaian Luaran ini betujuan untuk menilai tahap keupayaan kurikulum kursus kerjaya Pegawai dan anggota LLP dalam memenuhi kehendak di Markas Formasi di Pasukan. Sel Latih bertanggungjawab memastikan Pegawai dan anggota LLP KPA(pendidikan) yang telah menghadiri kursus kerjaya mengisi dan menghantar ke sel ini. Penilaian Luaran tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian, iaitu:
     
   1. Borang Penilaian Luaran (Pegawai Penilai/Pemerintah).
   
   2. Borang Penilaian Luaran (Bekas Penuntut)

Borang tersebut boleh didapati terus di Sel Latih, Jabatan Arah Pendidikan ataupun boleh memuat turun dalam ruangan Download Borang.

Sehubungan itu, diminta kepada semua Jurulatih Pendidikan yang telah menghadiri kursus kerjaya pada tahun 2011 agar menghantar borang tersebut seperti arahan yang telah dikeluarkan dalam KAWAT. anggota yang terlibat adalah seperti berikut:
   
   1. Jurulatih Pendidikan Kelas 2 siri 1/2011.

   2. Jurulatih Pendidikan Kelas 1 Siri 1/2011.

   3. Penyelia Jurulatih Pendidikan Siri 1/2011.

Kerjasama daripada Jurulatih Pendidikan yang terlibat amat diharapkan demi mempertingkatkan Kerjaya Kor KPA(pendidikan) Khususnya.

Sekian.

Monday, January 2, 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.

Selamat menyambut Tahun baru 2012 kepada semua warga Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan). Semoga Tahun 2012 memberi semangat baru kepada anda semua untuk mencapai kejayaan.

Saturday, October 8, 2011

Laman Web ini dibangunkan bagi kegunaan warga Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya untuk dijadikan panduan berkenaan kursus-kursus yang dilaksanakan oleh Sel Latih, Jabatan Arah Pendidikan.